Saturday, December 5, 2009

KLIA

"Stop!!!" dengan pantas Zahril menekan brek keretanya. Semua yang berada di dalam kereta Staria Neo itu terjunam ke hadapan.

"Eh! Mak kau! Zahril! Kau ni kalau nak break emergency pun ingat-ingat la kitorang yang duduk dalam kereta kau ni. Nasib baik takde yang tercampak keluar." Farisya sudah bercekak pingang gaya emak sabariah dalam filem mak mertuaku. Dadanya diurut berulang kali untuk menghilangkan rasa terkejutnya tadi.

"Sori.." Zahril dan Nazreen yang duduk di seat depan sama-sama memandang ke arah seat belakang.

"Apa sori-sori? Naik lori la!" marah Farisya masih belum surut. Fareez yang duduk di sebelahnya hanya diam membisu. Malas dia hendak masuk campur bila time mak tiri sorang ni dah naik temperature. Silap-silap hari bulan, dengan dia-dia sekali kena sembur.

"Kau jangan nak marah aku sorang pulak. Kau tanya minah sebelah aku ni. Takde ribut, takde taufan tiba-tiba suruh aku berhenti." Zahril memuncungkan mulutnya ke arah Nazreen di sebelahnya.

"Hehe..sori..," Nazreen buat muka comelnya sambil tersengih ke arah kawan-kawannya yang sedang memandang ke arahnya.

Habis la aku kali ni. Sorang-sorang muka dah macam singa kelaparan. Silap-silap habis aku kena panggang, tak pun diorang buat sup. Ish! Naz, apa yang kau duk ngarut ni. Diorang tu kawan kau tak kan lah diorang sanggup buat kau macam tu. Kau ni nak berkhayal pun agak-agak la.

"Buat la muka comel macam tu kau ingat aku cair?"

"Ala..Relax la sya. Jangan marah-marah nanti cepat tua. Bila dah tua, nanti banyak kedut. Dah kedut, Pian tunang kau tu pun lari tau." Nazreen cuba membuat lawak sarkastik untuk menenangkan Farisya yang masih bengang dengannya.

"Dah! Naz, yang kau tiba-tiba suruh berhenti tu pe kes? Nasib baik takde kereta kat belakang." Fareez tiba-tiba bersuara setelah lama membisu.

"Aku. Aku sebenarnya.."

"Sebenarnya apa?" tanya Zahril.

"Aku sebenarnya nak..," Nazreen tersengih sambil jari kelingkingnya ditunjukkann ke arah kawan-kawannya.

"Teruk la kau ni Naz. Bikin kecoh je. Nak buang air je pun." kata Fareez.Zahril, kau berhenti la depan sikit tu dekat dengan restoran McD,” sambung Fareez lagi.

Zahril memutarkan stereng keretanya menuju ke parkir kereta di hadapan restoran McD yang penuh dengan pengujungnya. Dah pukul 11.00 malam pun masih ramai lagi. Ni la rakyat Malaysia, suka makan sampai larut malam. Mana la badan tu tak besar macam tong drum.

"Dah! Apa lagi, turun la. Tak kan kau nak suruh aku tolong angkat kau pergi toilet tu kot."

Nazreen mengetap bibir. Satu jelingan tajam diberikan kepada Zahril.

"Eh! Korang dua orang ni pun nak pergi toilet jugak ke? Tunggu la aku," tanya Nazreen apabila melihat Farisya dan Fareez yang laju sahaja langkah mereka meninggalkannya di belakang.

Pertanyaan Nazreen dibiarkan tanpa jawapan.

Masuk sahaja ke dalam restoran McD, pantas sahaja Farisya dan Fareez tanpa disuruh menyambung barisan menunggu di hadapan kaunter.

Mangkuk ayun betul diorang ni. Ingatkan nak pergi toilet jugak. Rupa-rupanya ada misi lain. Patut la jalan menonong aje mengalahkan aku yang dah tak tahan nak masuk toilet ni. Erm.. Tapi best jugak kalau layan McD malam-malam ni sambil lepak-lepak dekat KLIA. Hehe..