Thursday, March 3, 2011

Orang India balik cuti

Sape org India tu? 


Haaa... nak tau tengok pic kat bawah ni...











ni la orang dari India tu..Bukan orang India k..
ni adik aku yg sorang tu..

Disebabkan aku sekarang duduk kat s.alam so, parents aku tugaskan aku utk ambil adik aku kat airport.. Parents aku tak larat nak amik bdk rambut panjang ni sebab flight dia sampai around 11.40 mlm.. tu br landing..belum kuar lagi..ambil beg lagi. Kesian pula kat dirog malam2 nak drive balik Muar pulak lagi kalau dirog datang ambil adik aku. Pukul berapa la baru sampai Muar.

So, mlm tu aku je la sorang2 tunggu adik aku ni kat airport.. Bagus juga, dapat aku cuci2 mata tengok pilot2 yang hensem2. Haha.. (gatal!). Lama juga la tunggu budak kecik ni kuar.. Around pukul 12.15 - 12.30 cmtu br dia muncul. Terkejut aku tengok adik aku sorang ni. Lain dh.. Baru duduk sane 5 bulan, lain dh rupa. (dalam ati aku: betul ke ni adik aku? confius2..) 

Antara ciri2 fizikal yang menyebabkan aku macam x kenal adik aku ialah:
  1. Rambut dia!!! Panjang.. (alasan adik aku: Ane kat sane tak reti potong ikut stail yang dia suka)
  2. Misai!!!! Dah nmpak lebat ckit..tapi xde la lebat sgt mcm laki Siti tu..Just nipis je..dlu before pegi sane..ada nampak bayang2 je ckit..Huhu..
  3. Janggut!!! Macam misai jugak..dh pjg sikit..
  4. Gelap!
Ciri yang akhir tu aku x nak komen lebih2 nanti ada yang minta mak aku belikan dia fair n lovely.Hahaha...

Ok, ni pic selepas mak and abah aku dah suruh dia pegi kedai gunting rambut..