Monday, March 16, 2009

Sepi..

Basan! Dia tak tau nak buat apa. Satu hari suntuk dari semalam dia tak keluar rumah. Hanya keluar sekejap untuk makan. Hujung minggunya sangat bosan semenjak dia duduk di JB. No fun, no friends, no hang out. Memang la dia sungguh bosan petala kelapan ni. Tak tau nak keluar pergi mana. There are no such places that she cans lepak-lepak or merayap untuk hilang tension kat bandaraya JB ni. Shopping mall pun jauh antara satu dengan yang lain. Kalau tak ada kenderaan sendiri memang mati bosan la duduk kat JB ni. Silap-silap kena daftar sebagai patient kat wad psychiatry HSA. Kesian kat mak abah aku, dah la risau anak dara dia sorang kat JB buat praktikal. Tiba-tiba masuk wad psychiatry pulak. Memang haru!

Tak macam kat KL. Walaupun dia belajar kat Nilai tapi every weekend kalau dia tak ada assignment or project yang kena hantar sudah pasti dia akan ke KL. Nilai ke KL tak la jauh sangat. Lagipun komuter ada. Tak payah la dia nak menyusahkan diri meredah jam dengan kereta. Senang kat KL dia nak merayap. Pengangkutan awam banyak. Komuter ada, monorail ada, transit aliran ringan ada, bas pun ada. Lagi pulak spot place kat KL tu dekat-dekat je. Turun je kat mana-mana, pastu jalan kaki dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain. Tak adanya orang nak pandang pelik. Dah mamang menjadi kebiasaan. Kuala Lumpur, syurga dunia untuk remaja sepertinya.

Kalau dia tak ke KL, pasti dia akan keluar hang out dengan Fasya dan Wanie. Lepak kat kedai mamak 24hours dah menjadi aktiviti mereka bertiga di waktu lapang mahupun untuk melepaskan tension. Berkongsi cerita, masalah, suka dan duka. Tapi sekarang, aku kat JB, Fasya kat Damansara dan Wanie pulak kat Nilai. Dah susah nak hang out lagi macam dulu. Dia lagi la jauh nun di selatan tanah air. Nak datang KL or Nilai memang kena fikir juga dua tiga kali. Duit minyak kereta, expenses, masa, penat. Fikir dua tiga kali pun, dah dua tiga kali jugak la dia datang KL. Sebab dah tak tahan sangat bosan duduk JB. Nak harap diorang tu datang jengok aku kat sini? Jangan harap la. Sibuk semendang je. Fasya sibuk dengan Public Mutual, dengan tunang, dengan kerja lagi. Wanie pula sibuk dengan thesis tak siap-siap. Tapi ada juga la dia jengok aku kat JB ni. Tu pun sebab dia ikut program universiti kat UTM Skudai. Kalau tak haram! Masing-masing dah sibuk dengan hal masing-masing. Ni belum konvo lagi, belum kerja lagi. Baru buat praktikal tapi dah busy memanjang mengalahkan PM gamaknya.

Tinggal la aku sorang-sorang kat JB ni menghitung hari kemerdekaan.

Lamunannya terhenti. Suara azan dari surau yang berdekatan dengan rumah sewanya berkumandang menghentikan lamunannya. Segera dia bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Lepas asar dia perlu keluar untuk mencari ketenangan. Dirinya dah hampir kusut tak keluar rumah satu hari.

* * * * *


Novel Cecilia Aherns – Thanks for the memories dah hampir separuh dibacanya. Pandangannya ditebarkan pada sekumpulan wanita separuh umur yang sedang mengais-gais pasir pantai mencari sesuatu. Dia pun tak tau apa yang sedang dicari oleh mereka. Mungkin ketam. Mungkin kupang. Ntah dia sendiri tak pasti. Apa yang pasti sudah tiga bulan dia duduk di JB. Baki tempoh praktikalnya tinggal 2 bulan lagi. Tak sabar rasanya dia nak balik KL. Bosan dah dia duduk di bandaraya selatan ni. Rutinnya setiap harinya sama. Tiada menarik baginya. Pukul 7.30 pagi dia dah siap untuk pergi kerja. Tempat kerjanya tidak la jauh sangat dengan rumah sewanya. Hanya mengambil masa hanya 5 atau 10 minit untuk dia sampai ke pejabat tempat kerjanya. Pukul 5.30 petang dia habis kerja terus balik rumah. Rehat sekejap dan kemudian keluar makan. Dan port makan malamnya setiap hari adalah di kedai Cik Dah. Cik Dah seorang yang peramah dan baik. Selalu bagi dia diskaun. Sebab tu dia tak kesah makan kat situ tiap-tiap hari. Dekat kedai Cik Dah juga aku kenal dengan Aie, teman berborak aku kalau Cik Dah sibuk melayan pelanggannya. Aie pun macam aku. Pelanggan tetap kat kedai Cik Dah. Kakak dia doctor kat HAS depan tu je. Sebab tu dia pun selalu port makan kat kedai Cik Dah.

Malam, dia hanya mendambakan diri di depan TV, jika dia tidak melayari internet. Dekat sini dia tidur awal. Pukul 11 atau 12 malam dia dah masuk tidur.

Novel Cecilia Aherns – Thanks for the memories ditutup. Malas dia bangun dan mencapai beg Converse di atas kerusi disebelahnya. Zip dibuka. Novel di tangan di masukkan ke dalam beg. Botol mineral ditarik keluar. Tekaknya kering. Penutup botol mineral terus dibuka. Sekali dia menjeling jam di tangannya. Dah pukul 6.30 petang. Dah lewat ni. Nanti ramai pulak orang kat kedai Cik Dah tu. Kakinya terus diatur menuju ke tempat parkir kereta di tepi Pantai Lido.

2 comments:

~penahati~ said...

not bad... pengaroh joy by ahadiat akashah mix with hlovate ka?? ^_0
mane smbungannye kak jah oiii?

~penahati~ said...

kip it up gul!!