Monday, March 16, 2009

Kolej Baiduri..

Kriinngggg!!! Pukul 8.25 malam. Bagaikan pesta di bangunan aspura dan aspuri Kolej Baiduri. Penghuninya bergegas keluar dan menuju ke bangunan blok akademik. Sepuluh minit kemudian. Senyap. Blok aspura dan aspuri yang tadinya terang menderang dengan cahaya lampu dari setiap dorm dan riuh dengan suara-suara penghuninya kini sepi. Hanya bunyi angin malam yang kedengaran.

"Okey line clear!"

"Jazz, ko bawak tak torchlight yang aku bagi tadi?"

"Aku bawak la. Nah!" Jazz mengeluarkan torchlight kecil dari dalam beg sandangnya dan diberikan kepada Ira.

”Ko dah contact diorang ke?”

"Dah. Diorang tunggu kita dekat kedai Pak Kassim."

"Jie, mana diorang ni? Dah dekat 10 minit kita tunggu dekat sini. Tapi batang hidung pun tak muncul." Nanie melihat jam di tangannya.

"Jangan-jangan diorang tinggalkan kita.Jom!" Jie menarik lengan Nanie.

"Nak pergi mana?"

"Cari diorang la. Tak kan nak pergi rumah Ustaz Naseh pulak."

"Jie, cahaya apa dekat belakang bilik basuh tu?" mereka sama-sama memandang.

"Ko jangan cakap apa-apa." Perlahan-lahan mereka mengatur langkah meninggalkan bilik basuh menuju ke belakang dewan makan.

Keadaan di belakang dewan makan itu sangat gelap. Hanya cahaya bulan yang menemani mereka. Nasib baik bulan penuh malam ni. Jadi tak ada la terhantuk apa-apa semasa berjalan.

"Oit!" Terkejut. Jazz dan Ira berpaling apabila mendengar suara menjerit ke arah mereka dari belakang.

"Ira, ko dengar tak apa yang aku dengar?"

"Tunduk-tunduk." Lengan Jazz ditarik.

"Aduh!" Jazz terduduk di atas rumput. Ira meletakkan jari telunjuknya di bibir. Jazz diam, memahami bahasa isyarat yang diberi.

Keadaan sekeliling sunyi. Yang didengar hanya bunyi orang sedang berjalan. Bunyi itu semakin dekat dengan mereka.

"Oit! Kenapa korang sembunyi dalam semak ni? Dah la tak tunggu kitorang. Apa punya member la korang ni."

"La..Korang ke? Sengal betul la!. Aku ingatkan cikgu TJ tadi. Buat lemah semangat aku je."

"Aku yang kecil molek ni ko cakap macam cikgu TJ? Mata kau dah kero ke apa?"

"Eh! Ain dengan Ezhu mana?" Ira menyambung kembali kerjanya membuka lilitan dawai kawat hijau membentuk satu bulatan. Seorang demi seorang memboloskan diri melepasi pagar kawat hijau itu ke arah bahagian yang satu lagi.

"Diorang ada tiusyen math la malam ni dengan Cikgu Ismail. Diorang kirim roti telur dengan kari kambing je."
"Budak aspura siapa yang turun malam ni?" Tangan Jie ligat menutup kembali lubang pada pagar kawat hijau itu dengan rumput-rumput dan dahan-dahan kering.

"Budak empat orang tu la siapa lagi." Jazz menjawab. Torchlight tadi dimasukkan ke dalam beg sandangnya semula.

Dengan hanya bergantung kepada sinaran cahaya bulan mereka meredah semak di tepi dewan besar Seri Baiduri menuju ke tepi jalan. Langkah diatur dengan berhati-hati apabila melalui kawasan belakang bangunan aspura. Takut ada yang menyedari kehadiran mereka. Kawasan bangunan aspura kosong. Hanya lampu koridor yang terpasang. Semua penghuninya berada di bangunan akademik. Tiada seorang pun pelajar dibenarkan berada di bangunan aspura dan aspuri semasa waktu prep.

Bangunan aspura ditinggalkan. Kaki diatur dengan laju meredah semak samun ditepi bangunan aspuri. Kawasan terbiar di sebelah bangunan aspura hanya dipenuhi dengan semak samun dan lalang-lalang yang meninggi. Di tengah-tengah hamparan lalang itu pula berdiri sebuah rumah kayu usang yang telah lama ditinggalkan. Mereka sendiri pun tidak tahu siapa pemilik sebenar rumah usang itu. Rumah itu memang sudah tidak berpenghuni dari hari pertama mereka berada di Kolej Baiduri. Banyak versi cerita mengenai rumah usang itu yang mereka dengar. Namun sehingga hari ini, mereka belum lagi terserempak dengan kejadian yang pelik semasa melintasi rumah usang itu. Walaubagaimanapun, langkah tetap juga diatur pantas meniggalkan rumah kosong itu.

1 comment:

~penahati~ said...

silap.. komen tok post slpasnye sbnrnye adelah tok post ini.. huhuhu~
tngat dok pkse awis blikan kite roti canai 2,3 pagi kat sutera dulu. wawawa =)